Tuesday 25 June 2019

HARI PELAPORAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) DAN PELAPORAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) SETENGAH TAHUN 2019

PERKARA: HARI PELAPORAN PBD DAN PBS SETENGAH TAHUN
TARIKH: 26 JUN 2019 (RABU)
TEMPAT: BILIK DARJAH


Pada hari ini telah dijalankan pelaporan pentaksiran bagi semua tahun. Bagi Tahap 1, Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) telah dijalankan sehingga bulan Jun. Selepas itu, sekolah akan memaklumkan pencapaian setiap murid melalui perjumpaan bersemuka bersama penjaga.

Manakala Tahap 2, Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) telah dijalankan baru-baru ini. Penjaga boleh menyemak keputusan anak mereka di laman sesawang SAPS. Namun begitu, pihak sekolah turut juga membuat perjumpaan bersama penjaga bagi membincangkan perkembangan murid.





Friday 21 June 2019

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2019

PERKARA: SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT SEKOLAH
TARIKH: 21 JUN 2019 (JUMAAT)
TEMPAT: PERKARANGAN SEKOLAH


Baru-baru ini, pihak sekolah dengan kerjasama PIBG SK LKTP Jengka 7 telah mengadakan sambutan hari raya peringkat sekolah. Semua murid dan tetamu dihidangkan dengan juadah yang menarik seperti sate, aiskrim, lemang dan sebagainya. Tetamu kehormat dari Pejabat Pendidikan Daerah Maran turut hadir memeriahkan majlis ini. Majlis turut diserikan dengan kehadiran warga komuniti Jengka 7. Pihak sekolah turut berterima kasih kepada Bank Rakyat cawangan Jengka atas sumbangan untuk menaik taraf surau sekolah.