SEJARAH SEKOLAH



PENGERTIAN LOGO SEKOLAH


PENGERTIAN WARNA

MERAH : Berani dalam menghadapi sebarang cabaran
KUNING : Azam dan cita-cita yang tinggi dalam mengejar kejayaan
PUTIH : Ikhlas dalam semua usaha dan pelakuan
HITAM : Tidak mudah menyerah kalah dan mempunyai semangat juang yang tinggi.

LAMBANG

OBOR  : Semangat yang sentiasa membara

COGAN KATA

 BELAJAR UNTUK BERJASA


SEJARAH SEKOLAH

          Sekolah Kebangsaan ( LKTP ) Jengka 7 dinamakan sedemikian kerana sekolah ini terletak di (LKTP) Jengka 7 atau Felda Kenanga.

       Pada tahun 1972, sebilangan peneroka telah ditempatkan di sini. Oleh itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah membina satu blok bangunan sekolah dua tingkat dengan enam bilik darjah. Bangunan sekolah ini kemudiannya dapat digunakan pada tahun 1973 dan En. Osman bin Buyuk telah dilantik sebagai Guru Besar yang pertama di sekolah ini.

       Pada tahun 1982,  satu blok bangunan satu tingkat dengan empat bilik darjah telah berjaya dibina untuk menampung pertambahan murid. Mulai tahun 2007, bangunan ini telah diubahsuai menjadi dewan sekolah. Pada tahun 1993,  Persatuan Ibubapa dan Guru ( PIBG ) SK LKTP Jengka 7 telah berjaya membina satu blok banguan dua bilik darjah dan dinamakan Bangunan PIBG. Bangunan ini kemudiannya telah diubahsuai menjadi bangunan Prasekolah SK LKTP Jengka 7.
Pertambahan murid telah membantu kepada pertambahan bangunan sekolah yang baharu. Pada tahun 2003, sebuah bangunan baharu empat tingkat telah siap dibina. Bangunan baharu ini mengandungi lapan buah bilik darjah, sebuah ruang pejabat, sebuah bilik khas untuk mesyuarat, makmal sains, bilik kemahiran hidup, bilik Pendidikan Seni, surau dan deretan bilik khas bagi PSS.
       Sekarang SK ( LKTP ) Jengka 7 mempunyai empat blok bangunan, sebuah kantin, gelanggang permainan, pondok bacaan, dua buah kolam ikan, sebuah taman, dan sebuah pondok jaga.
              
      “BELAJAR UNTUK BERJASA"


Senarai Guru Besar SK ( LKTP ) Jengka 7

Bil
Nama Guru Besar
Tempoh
01
Osman bin Buyuk
1973 - 1982
02
Shaari bin Othman
1983 - 1986
03
Said bin Tok
1986 – 1988
04
Addul Hadi bin Ismail
1988 – 1989
05
Mahasan bin Mat Teh
1989 – 1994
06
Abdullah bin Mohd. Shah
1994 – 1997
07
Muhamad Anua bin Musop
1997 – 2002
08
Azizah bt Salleh
2002 – 2005
09
Remelah bt Mamat
2005 - 2006
10
Bakaruddin Hj. Ali
2006 - 2011
11
Fauziah bt Mat Wasee
2011 - 2014
12
Azlan bin Hasan
2015 - 2016
13
Hajah Zuraidah bt Abu Bakar
2016 - 2019 



No comments:

Post a Comment