Thursday, 18 July 2019

MALAYSIA BREAKFAST DAY BERSAMA MILO

PERKARA: MALAYSIA BREAKFAST DAY BERSAMA MILO
TARIKH: 18 JULAI 2019
TEMPAT: PADANG PERHIMPUNAN SKJ 7


Baru-baru ini, pihak Milo telah mengadakan kempen Hari Sarapan bersama Milo bersama murid-murid SK LKTP Jengka 7. Kempen ini dimeriahkan dengan aktiviti senamrobik bersama guru-guru SK LKTP Jengka 7.



Sunday, 7 July 2019

PROGRAM BULANAN SEKOLAH PENYAYANG

PERKARA: SAMBUTAN HARI LAHIR MURID DAN GURU
TEMPAT: TAPAK PERHIMPUNAN
TARIKH: 8 JULAI 2019


Pada hari ini, 8 Julai 2019 telah diadakan sambutan hari lahir bagi guru dan murid yang lahir pada bulan Jun dan Julai. Semua guru dan murid diraikan dengan penyampaian cenderahati dan acara potong kek. Majlis ini adalah salah satu daripada program bulanan Sekolah Penyayang.





Tuesday, 25 June 2019

HARI PELAPORAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) DAN PELAPORAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) SETENGAH TAHUN 2019

PERKARA: HARI PELAPORAN PBD DAN PBS SETENGAH TAHUN
TARIKH: 26 JUN 2019 (RABU)
TEMPAT: BILIK DARJAH


Pada hari ini telah dijalankan pelaporan pentaksiran bagi semua tahun. Bagi Tahap 1, Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) telah dijalankan sehingga bulan Jun. Selepas itu, sekolah akan memaklumkan pencapaian setiap murid melalui perjumpaan bersemuka bersama penjaga.

Manakala Tahap 2, Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) telah dijalankan baru-baru ini. Penjaga boleh menyemak keputusan anak mereka di laman sesawang SAPS. Namun begitu, pihak sekolah turut juga membuat perjumpaan bersama penjaga bagi membincangkan perkembangan murid.





Friday, 21 June 2019

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2019

PERKARA: SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT SEKOLAH
TARIKH: 21 JUN 2019 (JUMAAT)
TEMPAT: PERKARANGAN SEKOLAH


Baru-baru ini, pihak sekolah dengan kerjasama PIBG SK LKTP Jengka 7 telah mengadakan sambutan hari raya peringkat sekolah. Semua murid dan tetamu dihidangkan dengan juadah yang menarik seperti sate, aiskrim, lemang dan sebagainya. Tetamu kehormat dari Pejabat Pendidikan Daerah Maran turut hadir memeriahkan majlis ini. Majlis turut diserikan dengan kehadiran warga komuniti Jengka 7. Pihak sekolah turut berterima kasih kepada Bank Rakyat cawangan Jengka atas sumbangan untuk menaik taraf surau sekolah.